Apr 10, 2011

Fadhilat Ayat Kursi

Untuk amalan kita semua, fadhilat ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis.

Rasullullahs.a.w. bersabda bermaksud : "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membacaayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya."
Rasullullahs.a.w. bersabda bermaksud : "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kalipada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Orang yang selalumembaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIAmemelihara Nabi Muhammad."
Rasullullah s.a.w. bersabdabermaksud : "Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapatpertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutansyaitan."
Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud : "Pengamalayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripadapencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekatpencuri daripada memasuki rumah."
Rasullullah s.a.w. bersabdabermaksud : "Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikankeselamatan ketika dalam perjalanannya."
Rasullullah s.a.w.bersabda bermaksud : "Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar."

No comments:

Post a Comment