Jul 15, 2013

Petua Penjagaan Mata

Petua kuat ingatan. Amalkan surah 4 qul untuk kuat ingatan.

Amalkan membaca Surah 4 Qul ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat kepadaNya agar diterangkan mata anda.
  • Surah kafirun 
  • Surah Ikhlas 
  • Surah Nas 
  • Surah Falaq 
Insyaallah, mata akan sentiasa terang walaupun ketika anda memandu diwaktu malam.

Amalkan juga makanan yang membekalkan vitamin A seperti karot yang mempunyai kandungan “beta-carotene” yang dapat menerangkan mata daripada menjadi kabur. Minumlah selalu jus karot dan ditambah sedikit susu, baik untuk penjagaan mata.

Buah betik baik juga khasiatnya untuk penjagaan mata dan kepada mereka yang susah buang air besar elok amalkan makan betik selalu. Kepada blogger untuk menjaga mata anda daripada menjadi kabur selepas berjam-jam membaca blog. Amalkan surah 4 Qul selalu. Moga-moga beroleh mata yang baik dan terang. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment