Jan 19, 2014

10 Amalan Ahli Syurga


Alhamdullillah syukur kepada Allah SWT kerana melimpahkan rezeki. Tunjukkanlah hidayah dan jalan andai ini yang terbaik untukku. Amin..
Now, aku nak share 10 amalan ahli syurga yang dapat dijadikan amalan :))
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua:
Melazimi membaca Al-Qur'an dan zikir al-mathurat sebelum terbit matahari.
Ketiga:
Memelihara kesempurnaan solat kerana inilah kekuatan mukmin muslim yang utuh.
Keempat:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Walaupun hanya dengan sekuntum senyuman.
Keenam:
Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang
berwudhuk.
Ketujuh:
'Amalkan istighfar setiap masa agar terhapus segala dosa dan noda.
Kelapan :
Perbaharui Azam dan Tekad untuk terus berkhidmat kerana Allah SWT.
Kesembilan :
Sentiasa ceria dan berfikiran positif kerana itulah watak seorang mukmin sejati.
Kesepuluh :
Memelihara diri dengan keikhlasan yang tulus kerana Allah SWT kerana di situlah terletaknya nilai 'amalan di sisi Allah SWT.
copy n paste ^^

No comments:

Post a Comment